Monday, June 24, 2013

Dia Datang Lagi

 Dia Datang Lagi "Jerebu oh Jerebu". Ehsan dari negara jiran. Beberapa kawasan di Johor diisytihar darurat dan banyak kawasan lain dikatakan kualiti udara atau IPU tidak sihat. terdapat sekolah terpaksa ditutup bagi menjamin keselamatan pelajar. Rakyat telah disarankan supaya kurangkan aktiviti ditempat terbuka, memakai mask jika keluar ditempat terbuka, banyak minum air dan paling penting dilarang melakukan pembakaran terbuka.
 
Tidak dapat dinafikan ehsan setiap tahun umpama bantuan BR1M neh menyusahkan rakyat dan merugikan negara. Tapi bukan negara kite je kena, Singapura pun azab gak. Tapi aku respek laa Singapura nie. awal2 lagi menteri yang bertanggungjawab dah sounds dan pergi sendiri ke sana untuk menyatakan ketidakpuasan dan ape ape bantuan yang Indonesia perlukan.
 
Menteri Indonesia lagi berani kluarkan kenyataan jerebu disebabkan pembakaran terbuka oleh ladang milik asing. Tapi kite, mane Menteri Kesihatan mane Menteri Luar. takkan diam jer kot. kalu dah ade tindakan tak mungkin, sebab aku tak dengar pula dalam mane2 berita.Atau berika MB Selangor tido selamaaaa 15 saat jer... lebih penting. aduyaaii.....
 
Ape perlu tunggu lagi. masih tak nampak ka ape berlaku disekeliling
 
 
 
 
 
Masa PRU ari macam NGO aku dengar JATI, PERKASA, PERKIDA, PEWARIS, MINDA PONDOK, lepas PRU plak Ade BLACK 505. Aktif btoi dorang berdemo, ade terpekik terlolong, ade tayang punggung, ade baring atas jalan raya. Hah kalu rase sayang sangat kat Negara, Bangsa atau rakyat pegi laa demo kat kedutaan Indonesia tu. Rakyat dorang pasal lagu, tarian dan amah pun sanggup berdemo depan kedutaan kite. tapi NGO kite?
 
Betulkan kata-kata Haliza Misbun satu ketika dulu. "Lelaki Tempatan Lembik". arghhhh....

Tuesday, December 18, 2012

Automated Enforcement System (AES)




AES kalu ia adalah sebuah lagu aku rase ia dah menjuarai carta lagu berminggu sama ade di radio ERA, THR Gegar atau Hot FM. cukup panas dan bertenaga. sebelum nie aku malas nak tulis sebab ramai sangat yang terlampau PHD berkenaan sistem nie.

Kalu yang mengamuk tu pemandu bas ekspress aku bleh terima, atau mat rempit (pelesit jalanan - pinjam istilah Mazidul) aku faham, org politik memang arrr. itu tak payah cakap. tapi skarang aku tengok seme nak bantai AES padahal bawa kete pun jarang skali. dan ade gak org yang tinggal jauh atau guna jalan tempat AES dipacak. tapi dia punye angin cam kamera AES tu dipasang depan bonet kete dia aje.

Bagi aku AES adalah terbaik untuk org yang tak reti nak baca papan tanda had laju di jalan raya. kalu dah tulis max 90 jangan dihentam 150. nak kate tak reti bahase cam kasar plak. sebenarnye ape nak kite kejar kat jalanraya. Banyak sangat ka mase ko bleh jimat ngam memandu laju nie.

kepada Kementerian atau jabatan pula, korang dah buat keputusan nak pakai sitem nie. kamera AES pun ko dah beli dan pasang. bukan skit bajet abis kat situ. jangan suke2 nak bekukan atau tarik balik pelaksanaan. aku tak nak kerajaan tanggung rugi cam jambatan bengkok dulu. daripada korang bayar ganti rugi pada syarikat gitu2 je bagus buat program penerangan atau diskaun pada saman...

jadi pada seme kalu rase terbakar ngam sistem ini satu je aku nok peringat. terbakar biar jadi arang. ade gak manfaatnye. jangan jadi debu. nanti jadi habuk jak

Monday, September 3, 2012

Halal...! Haram...! Sasau....?

Seringkali aku terbaca isu halal ngam haram nie. saban tahun ade. sama ade produk makanan atau produk kecantikan.

kekadang kuar dalam berita nampak real je serbuan dibuat dengan penguatkuasa masuk kat dapur atau gudang. berkotak barang telah dirampas, syarikat atau hotel diberi amaran keras.

dulu pernah kecoh pasal makanan sosej. gempak gempita alam melayu. pastu ubat gigi plak. rancak org bincang kat alam siber. kemudian produk kesihatan dan terakhir hotel yang buffet ramadan tiada sijil halal.

aku tabik laa penguatkuasaan ini terutama JAKIM. nampak aktif dan jaga sentiviti. tapi satu jer yang aku amat benggang dan meluat serta cukup meluat. setiap kali perkara nie dihebohkan produk berkenaan atau hotel/syarikat berkenaan segaja dikaburkan. jenama ape ntah.

Sasau ... aku. produk ape yang telah dikatakan haram tu. ubat gigi hari2 aku guna. hampir tak memberus aku kejap. produk kecantikan? terpaksa pegi keje tak berbedak aku. buat aku jadi sasau...

Tolong laa... kalu nak buat pendedahan selidik btoi2 kemudian kasi jelas laa produk ape. ini tidak. serbuan je gempak kemudian jenis porduk dikaburkan. arg.. paluinye

sekejap halal...! sekejap haram....! sasau aku

Friday, August 3, 2012

Bas oh Bas

"dam... dam.. dum... bunyi mercun..."

hahaha aku bukan nak semarakan semangat raya. aku bukan spesis pasaraya yang buat promosi raya walaupun pose blum mula  dan aku bukan penjual kaset nak lariskan jualan album.

tapi aku nak bukak cite pasal "dam... dam... dum... bersepai xcden. setiap kali musim perayaan status xcden naik cam pasaran saham walaupun polis dah buat macam2 OPS... tapi hasil setiap kali habis OPS... ada peningkatan data xcden..

kalu xcden kereta moto tu memang sukar nak elak. jumlah kenderaan kat malaysia nie bukan skit. tapi aku cukup bangang tahap merah jambu bila ia melibatkan kenderaan awam terutama bas. bukan aku nak salahkan takdir bila ade kemalangan bas pada musim perayaan.

tapi statement tahap palui pihak bertanggungjawab. Contohnya:

"bas dikesan mempunyai beberapa saman dan teda kelulusan"

"pemandu bas mempunyai 5 saman had laju"

"jalan tak rata dan selekoh berbahaya"

Argh..... Paluinya.

kalu ko dah ade rekod syarikat bas atau pemandu syarikat bas ade rekod banyak saman kenapa lesen tak digantung saja.

kalu tahu jalan tak rata atau selekoh tu bahaya kenapa tak dibaiki saja.

aku lebih rela sebuah syarikat bas walaupun berstatus bumiputra digantung lesen dari serah nyawa.

aku lebih rela kite tiada bangunan pencakar langit yang hebat jika aku hanya nikmati lebuh raya berstatus jalan kampung.

Lagi 2 minggu nak raya. tiket bas dah abis licin. tokey bas dah senyum nampak gusi. mungkin siap plan beraya luar negeri. Nyawa penumpang kat hujung stesen.

Hoi... JPJ. dah semak ka segala jenis saman dan lesen pemandu.

Hoi... Puspakom. bas seme gerenti dalam terbaik ka.

Hoi..... Polis. semua pemandu bebas saman ngam dah ke.

Hoi.......  JKR. nak harapkan papan tanda je. "Awas Jalan Licin" "Awas Selekoh Merbahaya" "Awas Kawasan Kemalangan"

Hoi... bangun laa. aku tak nak dengar statement PALUI tahun nie.

Friday, July 13, 2012

Ragut

Wanita maut diragut pada awal pagi







RAKAMAN CCTV yang menunjukkan tempat Kim Chuan terbaring selepas diragut di tempat letak motosikal Flat Padang Tembak, Air Itam, George Town semalam.



GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal warga emas maut dipercayai setelah diragut dan terseret kira-kira 10 meter dalam kejadian yang berlaku di tempat letak motosikal di Blok J, Flat Padang Tembak dekat sini pagi semalam.
Lebih malang, kejadian yang menimpa mangsa, Tan Kim Chuan, 60, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala itu hanya disedari dua orang penduduk berdekatan lapan minit kemudian.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tempat letak motosikal yang terletak di belakang blok flat yang agak sunyi.
Mangsa difahamkan baru keluar dari rumahnya untuk ke kedai kopi tempat dia bekerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
Mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk di atas objek keras mati di Hospital Pulau Pinang selepas sembilan jam menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak.
Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan terbabit.
Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dilihat terbaring di kawasan letak motosikal tanpa dihiraukan beberapa penduduk yang lalu-lalang beberapa minit selepas dia dipercayai diragut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengecam kedua-dua suspek.

P/S:

Aku cukup benci ngam peragut. kalu ade hukuman paling berat skali pun aku setuju untuk dorang. Tapi dalam kes nie orang paling aku benci bukan peragut sebab merajut memang kerja dorang yang jahat nie. Tapi yang paling teruk beberapa penduduk yang lalu kat situ tapi sekadar melihat dan berlalu. Ape kes nie. kalu kat jalan bukit bintang tu mungkin org bleh anggap mangsa tu kutu rayau. Ini kawasan kejiranan. ape dah jadi dengan warganegara kite yang selalu dikata paling bersopan santun.

Buat beberapa manusia yang berhati binatang tu lebih baik pindah saja kat hutan berdekatan sebab anda tak layak tinggal dengan manusia sekiranya tiada lagi sifat kemanusiaan.

cis... Palui


Tuesday, July 10, 2012

SINETRON INDON


Masa kini kalu bukak tv, semua channel ade Sinetron Indon. Kadang kala aku rase cam tinggal kat Indon. Pagi ade cite Indon, Tengah hari ade cite Indon, petang pun cite Indon, malam ade lai. Tengah malam pun bukak tv ade jugak. Aku tinggal kat Malaysia, ic pun Malaysia gak, asli lagi tu. Tapi apsal siaran tv aku banyak sangat cite Indon. Aku tinggal kat negara mane sebenarnya. Ape hebat sangat cite Indon nie.


First aku kenal cite indon nie mase hangat cite Bawang Merah Bawang Putih. Tu pun ade kes sorang makcik kenal tangkap curi vcd cite tu. Pastu mencurah curah cite Indon masuk kat Malaysia. Tak terkawal cam jerebu.


Sape sasaran penonton stesen tv nie. Aku tahu ramai pekerja Indon kat sini sama ade sah atau pendatang haram. Kalu yang Sah kebanyakkan keje pembantu rumah. Mase mane dorang tengok. Kalu waktu siang, tahu ka majikan dorang. Mahal ooo gaji dorang kalu semata mata nak tengok Sinetron. Kalu pendatang haram tu rase payah dorang nak tengok. Tapi tak tau laa kalu TNB ade dasar baru membekalkan elektrik ke penempatan haram.


Tapi jika stesen tv kata sasaran untuk orang tempatan aku rase agak bangang sebab mutu cite ntah ape-ape. Cite pasal org bunian laa, perbalahan keluarga, budak2 skolah yang perangai cam sial. Nie semua sajian untuk org kite ka. Dah laa belambak cite Indon, satu cite plak beratus episod. Mahal tu bayaran. Cite drama melayu yang 13 episod pun tak terambil.


Mane SENIMAN atau KARYAWAN. Perjuang laa periuk nasi kamu tu. Aku percaya ramai penerbit drama mengeluh tunggu giliran dan kelulusan tayangan. Tapi sayang semua membisu berdepan dengan Siamang. Dulu riuh sekejap pasal kemenangan Aaron Aziz. Kata dia tak layak pasal bukan rakyat tempatan. Memang btoi dia orang Singapura tapi dia berlakon untuk cite Malaysia, dengan pengarah Malaysia, Penerbit Malaysia. Seme untuk Malaysia Cuma semangat patrotiknya laa kite bleh pertikaikan. Kalu Sinetron, memang sah cite Indon, pelakon Indon, Pengarah Indon, Penerbit Indon. Cuma sesekali ade laa muncul pelakon pak pacak si Ashraf Sinclair made in Malaysia yang berbahasa Indon.


Setahu aku juga kite ade Senator dari org filem. Kamu buat ape kat Dewan Negara tu. Perjuang laa nasib anak seni kite. Tak kan datang untuk tulis kehadiran dan claim elaun saja. Kalu kamu kata ade perjuangkan mane hasilnya. Dah brape lama isu lambakan Sinetron Indon nie.


Kepada Presiden SENIMAN atau KARYAWAN, kalu rase tak mampu perjuangkan, baik kasi jak kat orang lain. Mungkin ade perubahan. Kepada PAK Senator, kalu rase tak mampu lepaskan. Kerusi tu bleh kasi kat nelayan ka atau pemndu teksi yang nak perjuangan nasib dorang plak.


Kepada orang kat Kementerian sendiri mau ingat. Kamu kerja untuk Kerajaan Malaysia dan rakyatnya. Jangan PTI kan diri kamu di bumi sendiri. Nak ku kata Palui kamu semua ade pendidikan tinggi.


 Tapi mentaliti arrghh Palui..

Tuesday, July 3, 2012

Jerebu Oh Jerebu....

Masa aku sekolah dulu antara mata pelajaran paling aku minat ialah geografi. Aku sendiri tak tahu kenapa aku minat ngam subjek nie. Ape yang aku faham Malaysia nie beriklim Khatulistiwa. Pastu ade 2 angin monsun. satu monsun barat daya satu lai monsun timur laut. Monsun timur laut nie normal dari bulan september hingga mac. kadar hujan tinggi dan selalu berlaku banjir.

Tapi dalam masa 10 tahun terbelakang nie aku rase patut tambah satu monsun. kebiasaan berlaku 2 kali setahun. monsun nie lebih bawa bala dari baiknya dan yang paling hebatnya ia adalah ehsan dari negara siamang.

Setiap tahun kite terkena monsun jerebu nie. hasil pembakaran terbuka petani negara siamang. dan kite dengan gaya sedikit ala.. ala... Nyah gitu selalu membawa perkara ini ke meja rundingan. semangat ASEAN katanye (palui...)

Aku tau kerajaan kite bukan jenis militery. tapi agak-agak laa... kalu kite imbas balik tentang isu berkaitan ngam kite. rakyat siamang gempur kedutaan kite, cari pelajar kite. isu pulau, isu tarian, isu pekerja seme dikasi panas. media siamang lagi laa terpekik terlolong.

Jerebu nie boleh menjejaskan tahap kesihatan rakyat kite, boleh membantutkan aktiviti harian dan ekonomi, nak kluar rumah pun dah macam perompak tabus kena pakai topeng. so.. nak setakat bincang sambil minum je kopi ka atau hantar bomba atau SMART buat latihan amal. tolong laa... setiap tahun kite kena jerebu nie. bukan setakat setahun dua.

ape tindakan kite. kalu kerajaan terpaksa jaga kesepakatan ASEAN. mane NGO kite. saban hari cukup GAH berdemo. demi keadilan laa, demi ketuanan melayu laa, demi peniaga laa dan bermacam lagi. Sama sendiri cukup lantang. bleh di cop "Hero Malaya". tapi bila berhadapan ngam rakyat siamang seme jadi cam siput babi. senyap dan lembap.

arhggg... Palui