Monday, September 3, 2012

Halal...! Haram...! Sasau....?

Seringkali aku terbaca isu halal ngam haram nie. saban tahun ade. sama ade produk makanan atau produk kecantikan.

kekadang kuar dalam berita nampak real je serbuan dibuat dengan penguatkuasa masuk kat dapur atau gudang. berkotak barang telah dirampas, syarikat atau hotel diberi amaran keras.

dulu pernah kecoh pasal makanan sosej. gempak gempita alam melayu. pastu ubat gigi plak. rancak org bincang kat alam siber. kemudian produk kesihatan dan terakhir hotel yang buffet ramadan tiada sijil halal.

aku tabik laa penguatkuasaan ini terutama JAKIM. nampak aktif dan jaga sentiviti. tapi satu jer yang aku amat benggang dan meluat serta cukup meluat. setiap kali perkara nie dihebohkan produk berkenaan atau hotel/syarikat berkenaan segaja dikaburkan. jenama ape ntah.

Sasau ... aku. produk ape yang telah dikatakan haram tu. ubat gigi hari2 aku guna. hampir tak memberus aku kejap. produk kecantikan? terpaksa pegi keje tak berbedak aku. buat aku jadi sasau...

Tolong laa... kalu nak buat pendedahan selidik btoi2 kemudian kasi jelas laa produk ape. ini tidak. serbuan je gempak kemudian jenis porduk dikaburkan. arg.. paluinye

sekejap halal...! sekejap haram....! sasau aku