Friday, July 13, 2012

Ragut

Wanita maut diragut pada awal pagi







RAKAMAN CCTV yang menunjukkan tempat Kim Chuan terbaring selepas diragut di tempat letak motosikal Flat Padang Tembak, Air Itam, George Town semalam.



GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal warga emas maut dipercayai setelah diragut dan terseret kira-kira 10 meter dalam kejadian yang berlaku di tempat letak motosikal di Blok J, Flat Padang Tembak dekat sini pagi semalam.
Lebih malang, kejadian yang menimpa mangsa, Tan Kim Chuan, 60, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala itu hanya disedari dua orang penduduk berdekatan lapan minit kemudian.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tempat letak motosikal yang terletak di belakang blok flat yang agak sunyi.
Mangsa difahamkan baru keluar dari rumahnya untuk ke kedai kopi tempat dia bekerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
Mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk di atas objek keras mati di Hospital Pulau Pinang selepas sembilan jam menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak.
Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan terbabit.
Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dilihat terbaring di kawasan letak motosikal tanpa dihiraukan beberapa penduduk yang lalu-lalang beberapa minit selepas dia dipercayai diragut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengecam kedua-dua suspek.

P/S:

Aku cukup benci ngam peragut. kalu ade hukuman paling berat skali pun aku setuju untuk dorang. Tapi dalam kes nie orang paling aku benci bukan peragut sebab merajut memang kerja dorang yang jahat nie. Tapi yang paling teruk beberapa penduduk yang lalu kat situ tapi sekadar melihat dan berlalu. Ape kes nie. kalu kat jalan bukit bintang tu mungkin org bleh anggap mangsa tu kutu rayau. Ini kawasan kejiranan. ape dah jadi dengan warganegara kite yang selalu dikata paling bersopan santun.

Buat beberapa manusia yang berhati binatang tu lebih baik pindah saja kat hutan berdekatan sebab anda tak layak tinggal dengan manusia sekiranya tiada lagi sifat kemanusiaan.

cis... Palui


Tuesday, July 10, 2012

SINETRON INDON


Masa kini kalu bukak tv, semua channel ade Sinetron Indon. Kadang kala aku rase cam tinggal kat Indon. Pagi ade cite Indon, Tengah hari ade cite Indon, petang pun cite Indon, malam ade lai. Tengah malam pun bukak tv ade jugak. Aku tinggal kat Malaysia, ic pun Malaysia gak, asli lagi tu. Tapi apsal siaran tv aku banyak sangat cite Indon. Aku tinggal kat negara mane sebenarnya. Ape hebat sangat cite Indon nie.


First aku kenal cite indon nie mase hangat cite Bawang Merah Bawang Putih. Tu pun ade kes sorang makcik kenal tangkap curi vcd cite tu. Pastu mencurah curah cite Indon masuk kat Malaysia. Tak terkawal cam jerebu.


Sape sasaran penonton stesen tv nie. Aku tahu ramai pekerja Indon kat sini sama ade sah atau pendatang haram. Kalu yang Sah kebanyakkan keje pembantu rumah. Mase mane dorang tengok. Kalu waktu siang, tahu ka majikan dorang. Mahal ooo gaji dorang kalu semata mata nak tengok Sinetron. Kalu pendatang haram tu rase payah dorang nak tengok. Tapi tak tau laa kalu TNB ade dasar baru membekalkan elektrik ke penempatan haram.


Tapi jika stesen tv kata sasaran untuk orang tempatan aku rase agak bangang sebab mutu cite ntah ape-ape. Cite pasal org bunian laa, perbalahan keluarga, budak2 skolah yang perangai cam sial. Nie semua sajian untuk org kite ka. Dah laa belambak cite Indon, satu cite plak beratus episod. Mahal tu bayaran. Cite drama melayu yang 13 episod pun tak terambil.


Mane SENIMAN atau KARYAWAN. Perjuang laa periuk nasi kamu tu. Aku percaya ramai penerbit drama mengeluh tunggu giliran dan kelulusan tayangan. Tapi sayang semua membisu berdepan dengan Siamang. Dulu riuh sekejap pasal kemenangan Aaron Aziz. Kata dia tak layak pasal bukan rakyat tempatan. Memang btoi dia orang Singapura tapi dia berlakon untuk cite Malaysia, dengan pengarah Malaysia, Penerbit Malaysia. Seme untuk Malaysia Cuma semangat patrotiknya laa kite bleh pertikaikan. Kalu Sinetron, memang sah cite Indon, pelakon Indon, Pengarah Indon, Penerbit Indon. Cuma sesekali ade laa muncul pelakon pak pacak si Ashraf Sinclair made in Malaysia yang berbahasa Indon.


Setahu aku juga kite ade Senator dari org filem. Kamu buat ape kat Dewan Negara tu. Perjuang laa nasib anak seni kite. Tak kan datang untuk tulis kehadiran dan claim elaun saja. Kalu kamu kata ade perjuangkan mane hasilnya. Dah brape lama isu lambakan Sinetron Indon nie.


Kepada Presiden SENIMAN atau KARYAWAN, kalu rase tak mampu perjuangkan, baik kasi jak kat orang lain. Mungkin ade perubahan. Kepada PAK Senator, kalu rase tak mampu lepaskan. Kerusi tu bleh kasi kat nelayan ka atau pemndu teksi yang nak perjuangan nasib dorang plak.


Kepada orang kat Kementerian sendiri mau ingat. Kamu kerja untuk Kerajaan Malaysia dan rakyatnya. Jangan PTI kan diri kamu di bumi sendiri. Nak ku kata Palui kamu semua ade pendidikan tinggi.


 Tapi mentaliti arrghh Palui..

Tuesday, July 3, 2012

Jerebu Oh Jerebu....

Masa aku sekolah dulu antara mata pelajaran paling aku minat ialah geografi. Aku sendiri tak tahu kenapa aku minat ngam subjek nie. Ape yang aku faham Malaysia nie beriklim Khatulistiwa. Pastu ade 2 angin monsun. satu monsun barat daya satu lai monsun timur laut. Monsun timur laut nie normal dari bulan september hingga mac. kadar hujan tinggi dan selalu berlaku banjir.

Tapi dalam masa 10 tahun terbelakang nie aku rase patut tambah satu monsun. kebiasaan berlaku 2 kali setahun. monsun nie lebih bawa bala dari baiknya dan yang paling hebatnya ia adalah ehsan dari negara siamang.

Setiap tahun kite terkena monsun jerebu nie. hasil pembakaran terbuka petani negara siamang. dan kite dengan gaya sedikit ala.. ala... Nyah gitu selalu membawa perkara ini ke meja rundingan. semangat ASEAN katanye (palui...)

Aku tau kerajaan kite bukan jenis militery. tapi agak-agak laa... kalu kite imbas balik tentang isu berkaitan ngam kite. rakyat siamang gempur kedutaan kite, cari pelajar kite. isu pulau, isu tarian, isu pekerja seme dikasi panas. media siamang lagi laa terpekik terlolong.

Jerebu nie boleh menjejaskan tahap kesihatan rakyat kite, boleh membantutkan aktiviti harian dan ekonomi, nak kluar rumah pun dah macam perompak tabus kena pakai topeng. so.. nak setakat bincang sambil minum je kopi ka atau hantar bomba atau SMART buat latihan amal. tolong laa... setiap tahun kite kena jerebu nie. bukan setakat setahun dua.

ape tindakan kite. kalu kerajaan terpaksa jaga kesepakatan ASEAN. mane NGO kite. saban hari cukup GAH berdemo. demi keadilan laa, demi ketuanan melayu laa, demi peniaga laa dan bermacam lagi. Sama sendiri cukup lantang. bleh di cop "Hero Malaya". tapi bila berhadapan ngam rakyat siamang seme jadi cam siput babi. senyap dan lembap.

arhggg... Palui