Monday, May 28, 2012

Rumah Ku Syurga Ku

MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri. Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.


“Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.


Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).


Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.


“Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu,” katanya .


Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.


Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lepas.


Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB). ~bernama

Aiseh... Cuepacs baru sedar ka. tapi bukan Lembah Klang ja. Hampir seme tempat rumah mahal. rumah teres pun mahu RM 25k.
Bajet 2011 memang PM ade umum kenaikkan kelayakan pinjaman dari RM360K ke RM450K. Tapi dari pemikiran aku yang tak seberapa nie, sape untung. Aku ka atau pihak bank. skali dengar memang best gile naik sampai RM450K tu. bleh aku beli rumah banglo ngam kete BMW secondhand. Tapi bayaran bulanan untuk org bergaji setaraf aku nie mampu ka. Sebulan mahu bayar RM2K atau RM3K. mahu makan ape. bukan sekejap 25 tahun plak tu.
blum lagi campur perbelanjaan lain yang makin naik. rasenya tak penting naikkan kelayakan tu. kawal harga hartanah dah cukup. jangan melambung sangat. perangai pemaju separuh jalan kena kawal selia. ini...
ceh... palui

Sunday, May 27, 2012

Bas Sekolah

GEORGETOWN: Bas membawa 44 jemaah tabligh warga Myanmar yang terjunam ke gaung di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, hingga mengorbankan seorang penumpang, didapati tidak mempunyai cukai jalan sejak tiga bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, siasatan awal mendapati cukai jalan bas sekolah disewa itu tamat tempoh sejak Mac lalu.

“Setakat ini, kita masih mengesan punca kemalangan dan menunggu pemilik bas yang disewa dari Kulim, Kedah itu untuk memberikan kerjasama.

“Punca kemalangan hanya akan diketahui selepas bas terbabit dikeluarkan dari gaung dan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit mempunyai lima rekod kesalahan trafik kerana memandu melebihi had laju, namun hanya satu saman yang belum dibayarnya.


Antara berita di dada akhbar pada ahad yang lalu. Kemalangan maut.... Bas teda cukai jalan? pemandu ade rekod saman? lebih had laju tu. bukan saman parking.

Sebelum nie bukan tiada kemalangan bas. teruk lagi pun ade. langgar pos tol ade, langgar kenderaan lain ade, terbabas pun ade. pastu berjela-jela statement brake bas tak berfungsi, pemandu bawah pengaruh dadah, bas tiada cukai jalan, pemandu ade rekod saman berjela.

palui btoi. mane agensi yang pantau mende nie. kalu dorang bleh kasi statement gitu mesti ade fakta atau rekod. mane bleh hentam je. kalu ade kenapa tak buat tindakan. kena tunggu pengguna mati dulu ka.

"siasatan awal mendapati cukai jalan bas sekolah disewa itu tamat tempoh sejak Mac lalu."

tak kan JPJ dan agensi perlesenan takde rekod. kenapa dibiarkan bas nie beroperasi. setahu aku bas sewa khas kena ade permit. kasi permit bawa meja ka? kalu yang telibat ari tu budak sekolah camne?

arghhh... palui.