Sunday, May 27, 2012

Bas Sekolah

GEORGETOWN: Bas membawa 44 jemaah tabligh warga Myanmar yang terjunam ke gaung di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, hingga mengorbankan seorang penumpang, didapati tidak mempunyai cukai jalan sejak tiga bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, siasatan awal mendapati cukai jalan bas sekolah disewa itu tamat tempoh sejak Mac lalu.

“Setakat ini, kita masih mengesan punca kemalangan dan menunggu pemilik bas yang disewa dari Kulim, Kedah itu untuk memberikan kerjasama.

“Punca kemalangan hanya akan diketahui selepas bas terbabit dikeluarkan dari gaung dan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit mempunyai lima rekod kesalahan trafik kerana memandu melebihi had laju, namun hanya satu saman yang belum dibayarnya.


Antara berita di dada akhbar pada ahad yang lalu. Kemalangan maut.... Bas teda cukai jalan? pemandu ade rekod saman? lebih had laju tu. bukan saman parking.

Sebelum nie bukan tiada kemalangan bas. teruk lagi pun ade. langgar pos tol ade, langgar kenderaan lain ade, terbabas pun ade. pastu berjela-jela statement brake bas tak berfungsi, pemandu bawah pengaruh dadah, bas tiada cukai jalan, pemandu ade rekod saman berjela.

palui btoi. mane agensi yang pantau mende nie. kalu dorang bleh kasi statement gitu mesti ade fakta atau rekod. mane bleh hentam je. kalu ade kenapa tak buat tindakan. kena tunggu pengguna mati dulu ka.

"siasatan awal mendapati cukai jalan bas sekolah disewa itu tamat tempoh sejak Mac lalu."

tak kan JPJ dan agensi perlesenan takde rekod. kenapa dibiarkan bas nie beroperasi. setahu aku bas sewa khas kena ade permit. kasi permit bawa meja ka? kalu yang telibat ari tu budak sekolah camne?

arghhh... palui.

No comments:

Post a Comment