Sunday, June 24, 2012

SKIM GAJI MINIMA Pekerja Tempatan VS Amah

Ari tu PM dah umum gaji minima untuk sektor swasta. ada yang melonjak gembira dan ade juga sekadar tersenyum kambing seribu makna. ape pun trima kasih PM. Sekurang kurangnya nasib pekerja swasta dalam perhatian.

Jumlah gaji minima yang ditetapkan sebanyak RM 900. Kalu di ikut masih dibawah kadar kemiskinan. tapi pengumuman ini dapat halang syarikat swasta memeras keringat para pekerja dengan gaji yang tak setimpal.

Kemudian diumumkan gaji minima pembantu rumah dari Indonesia. Hasil persetujuan bersama  Malaysia dan Indonesia. gaji ditetapkan RM 700 dengan sehari cuti setiap minggu. Jika diminta bekerja tambahan RM 27 perlu dibayar.

Dalam hal nie aku rase macam pembantu rumah Indonesia yang lebih terbela. Walaupun jumlah gaji yang berbeza, pembantu rumah masih mendapat penginapan percuma, makan minum percuma, tak perlu fikir nak bayar bil air dan elektrik. sesekali dibawa melancong oleh tuan rumah. Ringkas cite dorang dapat gaji bersih laa.

Tapi pekerja kite, sendiri mau ingat. Sewa rumah kena bayar kalu tak mau kena halau, bil air dan elektrik lagi. minyak motor lai. campu tolak ntah berapa yang tinggal.

Bertepatan dengan pepatah lama "anak dibuai mati kelaparan, kera dihutan disusukan" Kera... aku rase lebih tepat dinamakan "Siamang". kenapa siamang? sebab perangai cam palui...

No comments:

Post a Comment